9 March 2012

ubat antibiotik untk penyakit marah!!

wlpn marah tap sitll cute taw!!
asslaamualaikum

aku tak tahu kenapa aku asyik nak marah je semenjek 2,3 manja menjak ni!!sampaikan marah tu pengaruh emosi aku..tp jgn risau aku cool je~~~hehhehe..tp,emosi aku bertambah stress dgn situasi sekeliling aku...haih!!tak tahan tak tahan...sampaikan org yg tak bersalah pun aku marah!!! ap chelop derr~~~~alahai..kesian kwn aku jdi mangsa keadaan..maaf sangat-sangat!!! masa marah tu aku lupa plak mcm mne nak redakan,,,fikir nak marah je..sadis~~

walaupun aku dah tahu cara nak redakan marah(dah belaja dah mse form 2)...tp aku tetap lupa msa aku tengah marah tu...astagfirullah!! jahilnya saya kan??!! :/...alhamdulillah aku dah dapat ubat mcm mana nak  redakan marah ni :)

here is it!!aku dapat info ni dri bloghttp://www.ustazshauqi.com/2011/05/penawar-marah.html ni..

kaedah marah terbahagi kepada 2 bahagian.bahagian #1 (kaedah untuk mengelakkan kemarahan).bahagian #2 (kaedah utk meredakan kemarahan)

kaedah untuk megelakkan kemarahan
#a) menghiasi diri dengan sifat pemaaf
Di dalam al-Quran Allah SWT memuji orang-orang yang menahan kemarahan dan memaafkan orang lain: "Iaitu orang-orang Yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara Yang baik (Surah Al ‘Imran 3: 134)


#b)Mengelakkan Diri Dari Faktor-faktor Yang Menimbulkan Kemarahan
-mengenali diri kita terlebih dahulu
-mengelakkan diri daripada perkara yang kita benci agar tidak menimbulkan kemarahan
  CONTOH:jika kita tidak suka kepada sesuatu tabiat merokok rakan kita, kita hendaklah menyatakannya dengan penuh hikmah. Apabila rakan kita memahaminya, dia akan cuba menghindari tabiat buruknya apabila bersama kita.
c)berdoa
Doa pertama:
اللَّهُمَّ آتِ نَفْسِي تَقْوَاهَا، وَزَكِّهَا أَنْتَ خَيْرُ مَنْ زَكَّاهَا، أَنْتَ وَلِيّهَا وَمَوْلاَهَا
Maksudnya: Ya Allah berikanlah kekuatan jiwa padaku, sucikanlah jiwaku, Engkaulah yang paling elok yang menyucikannya, Engkaulah walinya dan Engkaulah tuannya.
Doa kedua (sebelum dan selepas tidur):
اللَّهُمَّ عَالِمَ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَاطِرَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ رَبَّ كُلِّ شَىْءٍ وَمَلِيكَهُ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ نَفْسِى وَمِنْ شَرِّ الشَّيْطَانِ وَشِرْكِهِ
Maksudnya: Ya Allah Ya Tuhanku, Yanga Maha Mengetahui Perkara Yang Gahib dan Nyata, Pencipta langit dan bumi, Tuhan segala sesuatu dan Pemiliknya. Aku bersaksi tida Tuhan melainkan Engkau. Aku Memohon dengan Engkau daripada keburukan diriku dan daripada keburukan Syaitan serta sekutunya.
Doa yang kedua ini diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada Abu Bakr al-Siddiq r.a.




Kaedah Kedua: Meredakan Kemarahan
a) Mengambil wuduk
Sabda Rasulullah SAW:
إن الغضب من الشيطان وإن الشيطان خلق من النار وإنما تطفأ النار بالماء، فإذا غضب أحدكم فليتوضأ[i]
Maksudnya: Sesungguhnya kemarahan itu datang daripada syaitan. Sesungguhnya syaitan itu dijadikan daripada api. Hanya terpadam api itu dengan air. Maka jika kamu merasa marah maka hendaklah kamu berwuduk.

b) Mengubah ke posisi yang lebih rendah
إذا غضب أحدكم وهو قائم فليجلس، فإن ذهب عنه الغضب، وإلا فليضطجع[ii]
Maksudnya: Jika kamu merasa marah sedangkan kamu sedang berdiri hendaklah kamu duduk, jika kemarahan itu hilang (maka tidak mengapa), jika tidak (juga reda kemarahan itu) maka hendaklah kamu berbaring.

c) Mendiamkan diri
Sabda Rasulullah SAW:
إذا غضب أحدكم فليسكت[iii]
Maksudnya: Jika kamu merasa marah, maka diam (tidak berkata-kata).
Mendiamkan diri adalah penawar yang mujarab kepada kemarahan. Ia akan memberi ruang untuk kita berfikir sejenak dan membuat pertimbangan berdasarkan akal bukan emosi. Jika seseorang itu melahirkan kemarahan dalam kata-kata nista ia akan mengundang padah yang lebih parah. Emosi akan menguasai diri, syaitan akan mencelah dan memainkan peranan yang membawa kepada perseteruan yang berpanjangan.
d) Mengucap Isti’azah (A’uzubillah)
Diriwayatkan bahawa pada suatu ketika dua lelaki bertengkar di sisi Rasulullah SAW. Salah seorang yang merah mukanya mencela seorang lagi dengan penuh kemarahan. Lalu Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya aku akan mengajar kamu satu kalimah yang jika dibacakannya akan hilang kemarahannya, iaitulah bacaan (أعوذ بالله من الشيطان الرجيم).[iv]
Ucapan isti’azah ini hendaklah dilakukan dengan penuh rasa kebergantungan kepada Allah dan memohon bantuannya daripada syaitan dan kuncu-kuncunya. Firman Allah, Maksudnya: Jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui (Surah al-A’raf 7: 200)



alhamdulillah..dah siap!!insyallah ''ubat2'' ni berkesan utk aku dan utk semua..amin!!insyalllah klu aku marah aku buat mcm yg tertera diatas..bila aku baca pasal cara nk meredakan marah ni..pertama sekali aku buat memaafkan org..;) then aku tak marah dah!!! :D
okeyh2 dah habis dah aku menaip so,aku dah nak berhenti dah ni...pada masa yg sma,aku tak berhenti menaip lagi nih!! ish!!! ahhahaha..aktif sungguh jari jemari aku ni.. ok2 dah dah...bye!!

2 comments:

amanina subri said...

entri yang berguna buat saya yang sgt marah..dan mudah marah!lepas marah baru kita sedar yang kita telah melakukan kesilapan,,,kehidupan sya rasa senang selepas membaca ni..terima kasih akk

nurazwanienadia said...

ya! sama-sama...sy copy paste je buat entry ni..bkn hasil titik peluh sy sepenuhnya ;)..sy buat entry ni sbb cra nk sejukkn hati cpt mrh ni..heheh