24 January 2012

tak perlu iri hati dengan keistimewaan orang lain SEBAB----->

gambar hiasan yang takde kene mengena pun
assalamualaikum

agak panjang title entry aku kali ni kan!! :)..entry kali ni definitely bukan pasal aku sebab nanti ada la yang bosan sebab buat entry pasal aku je kn :).entry kali ni memang ''lain benor'' dari entry aku sebelum ni..
sebab gaya penulisan ditulis sendiri oleh aku..no copy paste..kecuali ada surah atau hadis yang aku letakkan di entry ni..
ok!selamat membaca!!

tak perlu iri hati dengan keistimewaan orang lain SEBAB---->

*kita pun ada keistimewaan sendiri kenapa perlu iri hati??kita pun ada keistimewaan kan??tapi keistimewaan kita tu berlainan dengan orang lain..tu je..so,tak payah nak ''jelous'' sangat kan..chill~~

contoh situasi=kita jeolus kalau tengok seseorang tu ''perfect''.means,dia seorang yang kaya,cantik,pandai & dia ada segalanya..apa yang dia nak semua dia dapat.tapi kita?? kita tak seperti dia...kita tak de apa yang dia ada.then,kita rasa diri kita ni tak bertuah macam ''sidia''.kita nak jugak apa yag dia ada...:(

moral:heyp!!kenapa kita rasa diri kita tak bertuah macam ''dia''??sebab kita tak memandang pun apa keistimewaan yang ada pada kita & apa yang kita telah ada,kita just ''focuskan'' pada keistimewaan dia & apa yang dia ada..ye tahu,apa yang kita impikan semuanya ada pada dia tapi, tiada pada diri kita sendiri...ok kalau macam tu cuba renungkan apa yang ada pada diri kita...contoh:
1.hari-hari kita dapat makan & minum
2.kita ada rumah(tempat berteduh)
3.kita ada keluarga yang menyayangi kita
4.kita ada kesempurnaa fizikal yang lengkap(mata,hidung,mulut,kaki,tangan,telinga)alhamdulillah,,semuanya cukup
terlalu banyak contoh yang ada.... hanya 4 contoh je yang mampu aku bagi,yang lain tu fikirkanla sendiri ye..:)

ok berbalik kepada topik....ermmm kenapa masih lagi tidak bersyukur???cuba jangan fikirkan apa yang kita tak ada sebaliknya,fikirkan apa yang kita ada..sebenarnya tak semestinya apabila kita dapat apa yang kita mahu,kita akan gembira.ALLAH TAK BERI APA YANG KITA MAHU,ALLAH BERI APA YANG KITA PERLU...ingat tu!!
Allah cuma beri apa yang kita perlu dan bukan apa yang kita mahu sebab apa yag kita mahu tu tak semestinya membawa kebaikan pada diri kita.Allah berikan apa yang kita perlu sebab memang kita memerlukannya(sory kalau ayat tunggang langgang).Allah knows what the best for me & u

kadang-kadang orang lain memerlukan apa yang kita tak nak,maksud aku..sajian makan malam kita hanya berlaukkan ikan goreng atau hari-hari kita makan ikan goreng sampai nak tengok ikan pun dah meluat..hehehhe..tapi,cuba fikirkan orang yang tak dapat makan or memang tak ada makanan yang nak dimakan sebalikya kita ada makanan untuk dimakan tapi kita tak nak..tapi orang yang tak de makanan tu nak sangat makan...situasi begitulah yag dimaksudkan oleh aku..
(maaf kalau ayat buat korang pening-pening lalat)

situasi lain pula:kita jeolus tengok blog orang lain lebih cantik dari blog kita(aku la tu :D)..(abaikan ayt ini..buat iklan jap)



bersyukur dengan apa yang kita ada ok!

Surah Ali Imran: 145, “Dan Kami akan memberikan ganjaran untuk orang yang bersyukur.”

Surah Ibrahim: 7, “Kalau kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambahkan kepadamu.”

Surah At-Taubah: 28, “Allah akan memberi kekayaan kepada kamu dengan kurniaNya jika Ia menghendaki.”

see!!dapat pahala tahu kalau bersyukur..cakap alhamdulillah pun dapat pahala

Ucapan " ALHAMDULILLAH " Ertinya : " Segala puja-puji hanyalah untuk Allah " ataupun " Segala syukur dan terima kasih hanyalah untuk Allah " .

Ianya diucapkan sebagai puja-pujian dan bersyukur di atas segala ni'mat yang Allah Ta'ala berikan kepada kita .

وَنَزَعۡنَا مَا فِى صُدُورِهِم مِّنۡ غِلٍّ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِہِمُ ٱلۡأَنۡہَـٰرُ‌ۖ وَقَالُواْ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ ٱلَّذِى هَدَٮٰنَا لِهَـٰذَا وَمَا كُنَّا لِنَہۡتَدِىَ لَوۡلَآ أَنۡ هَدَٮٰنَا ٱللَّهُ‌ۖ لَقَدۡ جَآءَتۡ رُسُلُ رَبِّنَا بِٱلۡحَقِّ‌ۖ وَنُودُوٓاْ أَن تِلۡكُمُ ٱلۡجَنَّةُ أُورِثۡتُمُوهَا بِمَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ

Ertinya : "Dan Kami cabut segala macam dendam yang berada di dalam dada mereka; mengalir di bawah mereka sungai-sungai dan mereka berkata: "Segala puji bagi Allah yang telah menunjuki kami kepada (syurga) ini. Dan kami sekali-kali tidak akan mendapat petunjuk kalau Allah tidak memberi kami petunjuk. Sesungguhnya telah datang rasul-rasul Tuhan kami, membawa kebenaran." Dan diserukan kepada mereka: "ltulah surga yang diwariskan kepadamu, disebabkan apa yang dahulu kamu kerjakan " Surah al-'Aaraf , ayat 43

mari ucapkan ALHAMDULILLAH...haaa..macam tu la..bagus-bagus..ermm,,ada la hari tu terbaca kat mne ntah,,kalau ucapan alhamdulillah ni dapat menguatkan ingatan..insyallah!
alhamdulillah..dah siap pn aku menaip..maaflah kalau ada bahasa yang tak dapat difahami atau tersalah bahasa..tolong tego k!aku bukanlah pakar motivasi ke apa ke..just nak share some info..sory kalu isi sikit & tak best..masih berjiak-jinak nak buat entry macam ni...:D

tahniah!!sebab sudi baca entry yang panjang ni (panjang kah?!)..BTW tq readers!! aku hargai sebab sudi baca sampai terjulig-juling mata tu..:)(tunduk hormat)

assalamualaikum..aku stop disni..

4 comments:

ainin_sofia97 said...

Assalamualaikum ! entry yg sgt best !! hahahahahaha~

nurazwanienadia said...

weee!!!!:D thanx

miss_anniesya said...

aq pon na jdi bdx baek gak.. so aq komen..baguih no hang punya entri(loghat perak cket)..anyway chaiyok..truskan usaha mencantikkan blog..

nurazwanienadia said...

x de la bgiuh pn..aq explokan ap yg ad dlm kepalahotak aq ni then aq tulis kat blog
ani,yg tu bkn loghat perak,tu loghat penang le..:D