17 December 2011

zaman sekarang...

nak kata dah kahwin,
rasanya belum lagi,
bila tanya bila nak kawin?
entahlah.. tak tahu lagi..

perangai mengalahkan org dah kawin
berkepit sana-sini,
padahal bukan muhrim,

ikut trend masa kini..

heran.. pegang tangan tak takut dosa ke,
berpeluk-pelukkan tak tau malu ker,
tak kasihan mak bapak ker,
hantar suruh belajar / kejer kau buat leka...

nak kata tak belajar agama,
kecik-kecik mak bapak hantar,
sekarang nak salah siapa kalau buat dosa,
sendiri bangang coz tak ikut apa yg diajar...

belajar tinggi sampai gayat,
tapi tak amal sepanjang hayat.
Islam tu kan penyelamat,
bila lagi nak amal..ke nak tunggu sampai jadi mayat ?

dulu masa single okey jer,
sekarang dah couple banyak lak dosa,
bila org tegur buat derk jer,
apa kulit dah tebal nak masuk neraka?

masa buat tak tau malu,
ikut sangat telunjuk nafsu,
buat maksiat tak segan silu,
sekarang mcm mana?
susu dah jadi keju..

suruh sembahyang.. .nanti..nanti. .
boyfriend tepon terus pergi,
nak bersyukur atas nikmat Allah tak reti²,
boyfriend yg haprak tulah yang dipuji²..

Yg mamat ni lagi bangang.
Hari jumaat,
org solat jumaat,
dia bershopping bukan main ligat,
layan awek sampai penat...

kalau diri dah gatal sangat,
kahwin jer cepat lagi selamat,
ni couple takde matlamat,
sajer suka² penuhi syarat..

org couple dier ikut sama,
tak sedar diri tu papa kedana,
papa ilmu papa agama,
macam mana ' bercinta cara islam' itu nak
dijana?

bukan mengata bukan mengumpat,
siapa suruh buat wayang tak bertempat,
kalau tak **** diri diumpat,
jgn buat benda yg tak tepat...

bonceng sana bonceng sini,
bontot tertonggek tak malu pulak,
siap bangga tak terperi,
dapat peluk pinggang balak.

awek pulak bangang,
perangai macam lalang,
percayakan balak bergalang-galang,
yelah....balak cover, belum pecah tembelang.

tulah... Tuhan bagi akal tak mau pakai,
Tuhan bagi hati tak tahu menilai.
diri sendiri yg lalai,
baik buruk pun tak reti nak nilai..

kalau org cakap marah,

bila org nasihat melenting, "taulah...taulah xpayah susah²,
tau lak senyap bila dah bunting.

Skrg ni baru nak ingat Tuhan,
itupun nasib baik ingat,
menangis dah x leh nak tahan²,
baru sekarang menyesal bangat.

nasib baik Tuhan tu Maha penyayang,
itupun nasib baik umur masih panjang,
ada peluang nak mengucap panjang,
mintak ampun, panjat doa memanjang..



#copypaste#



No comments: